Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Februari 29, 2012

Anwar Ibrahim Dalam Bahaya????

Bangkai ayam di pintu pagar pusat khidmat Anwar
 
Bangkai seekor ayam ditemui digantung di pintu pagar pusat khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya di Butterworth hari ini.
  
Petugas pusat khidmat itu, Fathilullail Jaafar Sidek berkata beliau menemui bangkai berkenaan pada jam 10 pagi ini ketika baru sampai di pejabat.
  
"Bangkai ayam itu ada kesan darah dan sebelah kakinya dipotong," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.
  
Fathilullail berkata bangkai ayam itu dipercayai diletakkan di situ antara jam 3 pagi dan 10 pagi ini kerana beliau berada dalam pusat khidmat sehingga pukul 3 pagi tadi.
  
Beliau telah membuat laporan di Ibupejabat Polis Seberang Perai Tengah.

- Bernama

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)  
 
 
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Untuk Peminat Kopi Sahaja...Klik Sekarang!!
    

Bukti!!!! Bergambar, Umno sengaja rancang keganasan – SAMM

Umno sengaja rancang keganasan – SAMM

KUALA LUMPUR 28 Feb: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan keganasan yang dilakukan oleh penyokong Umno dalam program anjuran Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini, merupakan sesuatu yang telah dirancang.

“Ditegaskan Umno bertanggungjawab atas keganasan yang berlaku. Ia merupakan keganasan terancang dan sememangnya strategi Umno mutakhir ini,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan
Katanya, gangguan itu termasuk serangan di program ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong, Johor dan insiden Nurul Izzah yang hampir dicederakan di Gambang, Pahang.

Kumpulan pemuda Umno dan Perkasa turut menyerang peserta Himpunan Hijau di Pulau Pinang, yang dihadiri Ketua Menteri, Lim Guan Eng sehingga mencederakan seorang wartawan.
“Semua insiden ini merupakan tindakan terancang Umno,” ujarnya.
Dalam kenyataannya hari ini,  SAMM turut menyiarkan gambar beberapa individu yang menimbulkan kekacauan tersebut dengan tokoh dan pemimpin Umno.

Antaranya, individu yang bertindak menyerang program pelancaran Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang yang bergambar dengan senator Ezam Mohd Nor.
Manakala salah seorang kumpulan samseng yang menyerang Himpunan Hijau di Pulau Pinang pula dikaitkan dengan bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Helmi Yahya.

Menurut SAMM, rakyat  seharusnya tidak lupa pertemuan Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bersama kumpulan yang mengadakan demontrasi membawa kepala lembu bagi menghina agama Hindu di Shah Alam tidak lama dahulu.

“SAMM juga simpati dengan polis yang terpaksa menjadi ‘kuda’ kepada Umno. Yakinlah polis punya rakaman, bukti yang cukup bagi mendakwa gangster ini tetapi mereka tidak mampu kerana umno melindungi mereka,” ujarnya./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)  
 
 
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Untuk Peminat Kopi Sahaja...Klik Sekarang!!
    

Selasa, Februari 28, 2012

Kes Fitnah Dr Badrul: Wanita nafi berkhalwat, tuntut cerai

Wanita yang didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, semalam.Menurut akhbar Sinar Harian, hari ini, wanita itu juga membuat penafian bahawa beliau berkhalwat dengan pemimpin PKR berkenaan dan tidak berada dalam bilik yang sama.“Fitnah! Saya tidak berkhalwat.

Saya tidak lakukan perbuatan itu!“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin).Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!” katanya dipetik akhbar itu.Semalam, wanita berusia 28 tahun itu dari Kolej Komuniti Rompin hadir di mahkamah bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.Katanya, kerana tindakan khianat itu, Badrulamin bukan sahaja dikurung, malah dibelasah di biliknya oleh pihak yang mahu memerangkapnya.“Saya pergi menemui ustaz Badrulamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini,” rintihnya kepada Sinar Harian.Sabtu lalu, media arus perdana milik BN, termasuk agensi Bernama melaporkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menangkap seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok di Kuantan.Badrulamin kebetulan berada di Kuantan untuk temurapat atau permukiman PKR pada hujung minggu lalu.Menurut wanita itu lagi, beliau memang kenal rapat dengan Badrulamin dan isterinya, Zumrah Husni, sejak beliau mengikuti rombongan umrah yang dikendalikan pemimpin itu pada 1 Mei tahun lalu dan mereka sering berhubung antara satu sama lain.“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau.

Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah,” katanya.Menurut wanita itu, beliau nekad mengemukakan tuntutan cerai kerana kemelut rumah tangganya  gagal diselesaikan di sebalik pelbagai usaha.“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.Sebelum ini, Badrulamin juga menafikan dakwaan khalwat itu dan berkata beliau khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)  
 
 
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Untuk Peminat Kopi Sahaja...Klik Sekarang!!
    

Isnin, Februari 27, 2012

Bangsat!!!!! Budak2 Mabuk!!! Dadah Umno Buat Hal Lagi....

Lagi ceramah diganggu, Nurul nyaris jadi mangsa

Satu lagi usaha mengganggu ceramah Pakatan Rakyat dilaporkan malam semalam dan kali ini kejadian berlaku di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang.

Kali ini, yang nyaris menjadi mangsa kali ini adalah Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah, kiri) dan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar.
NONECeramah itu didakwa diganggu oleh ahli Umno yang dengan senagja memasang pembesar suara di sebuah kedai kopi di mana Nurul Izzah dan Nik Nazmi dijadual berucap mulai jam 9 malam hingga tengah malam.
"Pemimpin PKR tempatan telah mendapat kelulusan polis untuk kita berucap ... tetapi sebelum majlis bermula mereka menerima ugutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mahu mereka membatalkan ceramah itu.

"Sepanjang ucapan saya kira-kira 20 hingga 30 minit, mereka memainkan lagu dan muzik dengan kuat bagi mengalihkan perhatian orang ramai.

"Pada mulanya, kami sangka bunyi itu datangnya dari konsert, kemudian, kami dapati bahawa mereka sebenarnya menganjurkan satu sesi karaoke," katanya.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila tiba giliran Nurul Izzah untuk berucap, kata Nik Nazmi, dengan kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil mencaci dan melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan ketua umum PKR itu.

NONE“Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno,” kata Nik Nazmi.

Nurul Izzah (kanan) pula dalam raeksi awalnya berkata beliau bersyukur kerana selamat tetapi memberi jaminan tidak akan gentar dengan gelagat liar berkenaan.

“Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.

“Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya,” katanya di Twitter pada jam 1 pagi ini.
Skim penempatan Felda itu terletak di kawasan parlimen Paya Besar dan kini dipegang oleh Abdul Manan Ismail dari Umno.

Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat PKR pada jam 3 petang hari ini.

adam chew kwong wah jit poh journalist fracas in penang himpunan hijau rallyKejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Semalam, perhimpunan solidariti Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade yang dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng turut diganggu oleh kumpulan yang dianggotai oleh pemimpin Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.

NONE13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap,  Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Awal bulan ini pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan./MalaysiaKini


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)  
 
 
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Untuk Peminat Kopi Sahaja...Klik Sekarang!!
    

Ahad, Februari 26, 2012

Anwar Ibrahim: Nik Aziz 'tok guru' saya

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata media arus perdana tidak mempunyai harapan untuk "melaga-lagakan" beliau dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keselamatan Israel.Mendedahkan secara ringkas isi pertemuan beliau dengan Nik Aziz beberapa hari lalu, Anwar menganggap jika pergaduhan itu berlaku, ia merupakan "hadiah paling besar" bagi media arus perdana."Kalau saya gaduh dengan Nik Aziz, bagi mereka (itu) hadiah paling besar."(Gaduh) dengan Nik Aziz, dia tok guru saya, tidak ada harapan (tengok) saya nak bergaduh dengan dia (Nik Aziz)," kata Anwar dalam ceramahnya di Kuantan semalam.

Anwar berkata dalam pertemuan itu, menteri besar Kelantan itu bertanya beliau mengenai dakwaan 'menyokong' Israel, ketua pembangkang menunjukkan kepada Nik Aziz, laporan bahawa beliau menyebut perkataan 'contingent' yang membawa maksud "tertakluk dengan syarat".Bagaimanapun, Anwar menegaskan perkara tersebut tidak dilaporkan oleh media arus perdana."Tok Guru kata tak tahu cerita panjang, minta penjelasan.

Saya jelas, saya tetap (membela) rakyat Palestin."Tetapi PAS tak mahu terus (iktiraf) pada Israel," kata Anwar di hadapan lebih 500 penyokong di sebuah tanah lapang dalam kawasan Pejabat Perhubungan PKR negeri.Katanya, antara syarat tersebut adalah menerima negara Palestin, kembalikan Baitulmaqdis, melepaskan Gaza dan tidak membunuh rakyat Palestin."(Israel) terima syarat tak?... Tak terima. Jadi (saya) tak (sokong Israel)... Apa parti Umno, hari-hari kena (buat) fitnah," katanya sambil menempelak parti itu yang didakwanya mahu menang dengan memfitnah.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri kewangan berkata beliau amat menghormati Mursyidul Am iu dan pandangan PAS."Nik Aziz, dia baik, kita hormat beliau," katanya Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.Dalam pertemuan kedua-dua pemimpin itu Selasa lalu,  Anwar dilapor berkata kenyataannya yang dibuatnya sebelum ini, selari dengan pandangan Hamas dan Fatah.Dalam pertemuan selama 40 minit itu,  Anwar yang juga ketua pembangkang berkata beliau tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirundingkan mereka di Doha, Qatar dua minggu lalu."Saya menjelaskan kenyataan saya di Wall Street Journal dan saya turut menyebut tentang reaksi Ketua Hamas, Khaled Mashal.

Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya. Saya sendiri pun faham pendirian PAS yang tegas tentang Israel, " katanya .Dalam ceramahnya beberapa jam sebelum berlangsungnya Himpunan Hijau 2.0, Anwar berkata beliau berjanji untuk "melepas" pelajar dari beban hutang Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) dalam masa satu hingga dua tahun jika mentadbir Putrajaya."Dalam masa satu atau dua tahun kita lepaskan (mereka) dari PTPTN.
Kita buat macam Erdogan dalam masa tiga tahun untuk lupuskan pinjaman (pendidikan)," katanya sambil menambah Turki memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya.MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)  
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Untuk Peminat Kopi Sahaja...Klik Sekarang!!
    

Dr Badrul Amin Di Fitnah!!!!!!!!!

WARTAWAN SINAR HARIAN26 Februari 2012
SHAH ALAM - Pemimpin kanan PKR, Dr Badrul Amin Baharon menafikan laporan media bahawa beliau telah ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan awal pagi semalam, sebaliknya menegaskan beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.Badrul Amin berkata, beliau akan hadir di pejabat Jaip esok untuk diambil kenyataan oleh agensi itu.Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Badrul Amin berkata, beliau beranggapan bahawa kejadian terbaru ini satu tindakan terancang untuk "memerangkap dan mengaibkan saya.

"Badrul Amin berkata, wanita berkenaan telah menghubunginya kelmarin dengan nada cemas dan menyatakan hasrat untuk melarikan diri dari rumah kerana bimbangkan keselamatan diri.Bagaimanapun, menurut Badrul Amin, beliau telah menasihatkan agar wanita berkenaan tidak berbuat demikian."Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. "Walau bagaimanapun pada jam 2 pagi 25 Februari (semalam), beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa dia sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin PKR (di sebuah hotel di Kuantan)," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Badrul Amin juga berkata, beliau telah mengenali pasangan suami isteri terbabit sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrahnya."Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. "Dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin," katanya lagi.Oleh itu jelas Badrul Amin, atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu wanita berkenaan mendapatkan bilik penginapan.

"Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya."Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa."Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka," katanya sambil menambah, "namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik."Dalam kenyataannya, Badrul Amin juga berkata, hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jaip tiba dan menahannya berseorangan dalam bilik.

Sehubungan itu, Badrul Amin juga berkata, kenyataan Timbalan Pengarah Jaip bahawa beliau ditahan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa jabatan itu ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. "Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. "Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan Jaip pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini," katanya lagi.Katanya, dengan penjelasan itu beliau berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya.

 "Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya," katanya lagi.www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)  
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Untuk Peminat Kopi Sahaja...Klik Sekarang!!
    

Sabtu, Februari 25, 2012

PM buktikan dia jahil...!!!!!!!!!!!!!!!!

PM buktikan dia jahil prinsip pentadbiran yang baik

Harakahdaily, 25 Feb 2012
SHAH ALAM, 25 Feb: Pengakuan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak bahawa beliau tidak menjemput Ketua Negeri Pakatan Rakyat pada Mesyuarat Menteri Besar menunjukkan beliau jahil tentang prinsip pentadbiran yang baik.

Beliau juga mengenepikan semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata beliau hairan bagaimana PM dengan tanpa rasa bersalah mengakui bahawa mesyuarat tersebut adalah Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional.

Sedangkan, katanya, mensyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

“Selaku penjawat awam, Ketua Setiausaha Negara sepatutnya bertindak secara profesional dan tidak boleh hadir dalam sebuah mesyuarat yang berbentuk kepartian,” kata beliau.

Tan Sri Khalid berkata, tindakan Najib ini seolah-olah mahu membina laluan kepada tindakan yang tidak demokraktik kerana tindakan beliau itu umpama memberitahu kepada kakitangan perkhidmatan awam supaya mendiskriminasikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

“KSN sepatutnya mempunyai kekuatan untuk memberitahu Perdana Menteri bahawa mesyuarat itu satu diskriminasi dan beliau (KSN) tidak sepatutnya dilibatkan,” katanya.

Menteri Besar turut mempersoalkan pembiayaan mesyuarat berkenaan.

“Siapakah yang membayar untuk mesyuarat tersebut? Kerajaan Pusat atau Barisan Nasional? Jika ianya dibiayai oleh Kerajaan Pusat, mana mungkin Perdana Menteri boleh dengan angkuh mengatakan mesyuarat itu adalah amalan biasa dan tidak melanggar mana-mana aturan,” katanya.

PM selaku ketua negara harus menunjukkan teladan yang baik terutama kepada penjawat awam jika beliau benar-benar mahu melaksanakan transformasi dalam negara ini, tegas Khalid.

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)  
 
 
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Untuk Peminat Kopi Sahaja...Klik Sekarang!!
    

Jumaat, Februari 24, 2012

Nik Aziz bersama ulama muktabar

Harakahdaily, 24 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak menegaskan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada ketetapan dan pendirian yang telah diambil oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Majlis Syura Ulamak PAS yang tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.
“Ini adalah kerana negara tersebut didirikan melalui perampasan tanah air rakyat Palestin yang terdiri daripada orang Islam dan Kristian pada tahun 1948,” kata ketuanya, Mohammad Arifiriazul Paijo (gambar).

Ini, kata beliausecara asasnya, menjadikan Israel sebuah kuasa penjajah dan sebarang penentangan terhadap penjajahan ganas Israel itu sebagai sesuatu yang sah dan perlu diberi sokongan antarabangsa.

“Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak keseorangan dalam menyatakan pendirian ini kerana ketetapan yang serupa telah dipersetujui oleh semua ulama muktabar sedunia seperti Dr Yusuf Al-Qaradhawi dari Mesir dan Dr Wahbah Az-Zuhaili dari Syria,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Justeru, tegasnya Pemuda PAS Sarawak menyokong penuh pendirian itu kerana rejim Israel telah menumpahkan begitu banyak darah rakyat Palestin yang tidak bersalah baik yang Muslim mahupun yang Kristian sepanjang penjajahan mereka di bumi suci itu.

Dalam masa yang sama, ujarnya Israel juga tidak pernah menyesali kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin dan terus-menerus melanggari ketetapan pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tanpa mengendahkan tekanan masyarakat dunia.

Tambahnya, Pemuda PAS Sarawak juga ingin memperingatkan Pemuda PBB supaya mendesak pemimpin-pemimpin pemuda BN khususnya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk menarik balik kenyataan beliau yang menyokong aktiviti perdagangan antara Malaysia dan Israel.

“Daripada rekod yang kami perolehi, terdapat bukti yang kuat bahawa aktiviti perdagangan antara Malaysia dan Israel adalah amat aktif sepanjang pentadbiran BN,” ujarnya

Beliau menambah, berdasarkan satu laporan oleh Kesatuan Eropah, Malaysia adalah rakan dagang ke-15 paling besar untuk negara Israel.

Ini, jelasnya menunjukkan ketidak prihatinan kerajaan BN terhadap sensitiviti umat yang amat bersimpati kepada perjuangan Palestin.

Ia juga, katanya adalah satu bukti tuntas sifat hipokrasi dan bermuka-muka BN semata-mata untuk menjaga kepentingan politik mereka yang sempit.

“Dalam masa yang sama, kami merasakan Naib Ketua Pemuda PBB telah membuat kenyataan yang melucukan apabila beliau cuba berspekulasi tentang masa depan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam PAS dan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Tuan Guru adalah aset utama kepada PAS dan pada hakikatnya, Tuan Guru adalah Mursyidul Am bukan sahaja untuk PAS malahan untuk Pakatan Rakyat keseluruhannya.

“Pendirian teguh PAS berkenaan pejuangan Palestin tidak pernah berubah dan sokongan padu kami kepada pembebasan Palestin daripada penjajahan haram Israel tidak pernah pudar,” katanya lagi.

Bagi PAS, perjuangan Palestin adalah satu perjuangan suci untuk menegakkan keadilan dan membawa keamanan yang sebenar kepada semua rakyat Palestin.

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
 
 
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Untuk Peminat Kopi Sahaja...Klik Sekarang!!
    

Bukti Jelas !!!!! DS Anwar Ibrahim Menteri Kewangan Terbaik Malaysia


Whatever you may think of Anwar, he did manage to reduce the country’s budget deficit (as a percentage of GDP) and later even presided over surplus years. 



Anwar was appointed Finance Minister in 1991 in the Mahathir administration and deputy PM in 1993. He was ousted from power in 1998.

Some (including me) may have reservations about what they perceive to be his neo-liberal inclinations, but it has to be said that we haven’t seen a surplus since Anwar was unceremoniously thrown out of office.
In fact, those five years of surpluses are the only years the government has achieved a surplus from 1970 until now.
No kidding – look at the figures from 1970 (figures from Bank Negara).




Sumber : SINI

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
 
 
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
    

DS Anwar Ibrahim Akan Hadir Himpunan Hijau 2.0

Anwar, pimpinan utama PKR hadir ke Himpunan Hijau 2.0

Majoriti barisan kepimpinan PKR yang akan diterajui oleh ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir ke perhimpunan membantah projek nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Kuantan Ahad ini.

NONESetiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution berkata, bagi tujuan itu mereka mengubah lokasi temurapat atau pemukiman yang sepatutnya diadakan di Lumut ke bandar itu.

“Kita juga kosongkan aktiviti pemukiman pada waktu perhimpunan itu bagi membolehkan mereka (peserta pemikiman) turut serta (berhimpun),” katanya ketika ditanya sokongan PKR pada perhimpunan hijau itu.

PAS – rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat – sebelum ini mengerahkan kira-kira 10,000 ahlinya  daripada 14 kawasan seluruh Pahang bagi membantah projek itu. Mereka dijangka diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Salahuddin Ayub.

NONEMalah, PAS Terengganu – negeri bersebelahan Pahang – memberitahu Malaysiakini, kepimpinan tertinggi negerinya akan hadir bersama kebanyakan penyokong daripada daerah berdekatan seperti Kemaman dan Dungun.

Saifuddin juga memberitahu Malaysiakini semalam, sebahagian besar daripada kira-kira 130 peserta pemukiman, terdiri daripada kepimpinan tertinggi parti akan turut serta.
Katanya, arahan juga telah diberikan kepada semua ahli PKR, khususnya di Pahang dan sekitar Kuantan untuk turun bagi memeriahkan perhimpunan itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Saifuddin juga berkata beliau telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota PKR di seluruh Malaysia umumnya untuk turut sama menyokong himpunan itu.
Temurapat atau permukiman tiga hari PKR bermula esok akan disertai semua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), wakil rakyatnya dan ketua-ketua cabang terpilih daripada seluruh negara.

NONEHimpunan Hijau 2.0 dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, meskipun semalam pihak berkuasa mula mendirikan pagar sekeliling padang berkenaan.

Ketika dihubungi, pengerusi jawatankuasa penganjur Wong Tack memberitahu Malaysiakini pagar yang didirikan tidak akan menghalang rakyat daripada berhimpun.

Apabila diberita bahawa majlis perbandaran Kuantan juga akan menganjurkan pertanding futsal pada hari yang sama, Wong sekadar menyambut baik dan berkata mereka boleh merancang bersama.

"Kami 100 peratus pasti akan menggunakan padang itu untuk berhimpun. Kami hanya ada pelan A, tidak ada pelan B,” katanya dalam nada yang cukup tegas.

Di tanya sama ada hadirin akan merobohkan pagar dan merempuh ke padang, Wong tidak memberikan jawapan secara langsung.

NONEKatanya, rakyat yang hadir mungkin terpaksa menukar rancangan dan turun ke jalanan kerana didesak berbuat demikian oleh kerajaan.

“Harapan kami, hanyalah benarkan kami berhimpun secara aman selama dua jam setengah di padang itu,” katanya lagi.

Selain di Kuantan, pelbagai lagi program serentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur akan diadakan pada Ahad ini sebagai solidariti membantah kilang memproses nadir bumi itu./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
 
 
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
    

Khamis, Februari 23, 2012

Felda: BN Negeri Sembilan bakal tumbang!!!!!

PALONG 23 Feb: Kehadiran luar biasa warga Felda Palong semasa lawatan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di kawasan itu, menjadi petanda awal Negeri Sembilan bakal tumbang ke tangan Pakatan Rakyat.
Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, beliau sendiri terkejut melihat jumlah kehadiran yang disifatkan meningkat secara mendadak, jika dibandingkan program anjuran KEADILAN dan Pakatan Rakyat beberapa tahun lalu.

Justeru katanya, Palong merupakan salah satu daripada kawasan DUN yang bakal membantu hasrat Pakatan Rakyat menawan Negeri Sembilan, pada pilihan raya umum akan datang.
“Dengan kebangkitan hingga 83 peratus undi Cina menyokong Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan, tidak ada sebab lagi untuk Pakatan Rakyat tidak boleh mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan.

“Undi Melayu dan India juga sedang berubah, dengan perubahan yang lebih nyata dari kalangan pengundi-pengundi Cina yang begitu besar. Saya tidak syak lagi bahawa Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat,” tegasnya.

Katanya, KEADILAN semakin mendapat tempat di kalangan peneroka Felda, ekoran tindakannya yang berterusan memperjuangkan isu peneroka.

“Antara sebab peneroka-peneroka Palong secara tiba-tiba dan mendadak menyokong KEADILAN kerana tindakan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal dan peguam KEADILAN yang memberikan khidmat undang-undang kepada peneroka yang menghadapi masalah,” ujar beliau.

Menurutnya, tidak kurang dari lima kes telah difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban, melibatkan  isu kayu getah yang harganya telah dimanipulasikan oleh Felda dan JKKR.

“Peguam-peguam Umno tidak mahu bertindak kerana manipulasi harga kayu getah ini melibatkan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat cawangan-cawangan di dalam Palong,” tulis Suhaimi di dalam blog beliau.

Peneroka-peneroka Felda Palong 4, 5 dan 6, katanya, turut memfailkan tuntutan di mahkamah bagi menuntut bayaran lebihan pendapatan yang tidak dikembalikan oleh Felda kepada mereka.

Katanya lagi, ia termasuk kejayaan peneroka Palong 9 menghalang permohonan injunksi kontraktor lantikan Felda untuk kerja penebangan dan membeli pokok getah di tanah mereka.
Keputusan-keputusan ini, kata Suhaimi, telah mendorong semangat  peneroka Felda yang selama ini diugut oleh pengurusan Felda dan Umno.

Menurut Suhaimi, sambutan luar biasa masyarakat peneroka Felda di Palong, merupakan hasil kerja keras yang dilakukan Rebin Birham, Naib Ketua KEADILAN cabang Jempol dan juga calon KEADILAN di DUN Palong.

Felda Palong terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Palong dan kini diwakili oleh ahli politik Umno, Datuk Aziz Samsuddin, sementara Kerusi DUN pula dipegang Datuk Lilah Yasin./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
 
 
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel