Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Oktober 10, 2017

AMANAH pertahan politik Nik Aziz

AMANAH pertahan politik Nik Aziz tolak prejudis perkauman
Sebagai wadah penerus perjuangan Islam, AMANAH akan mempertahankan legasi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menentang keras sebarang prejudis berasaskan perkauman.
Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa berkata semua orang selalu mendengar ungkapan almarhum yang berkata semua manusia ialah anak cucu Adam.
“Bangsa-bangsa dan puak-puak seperti diajar al-Quran hanya untuk kita kenal-mengenal dan yang terbaik adalah atas ukuran taqwa,” katanya di majlis Asyura bersama Datuk Husam di Wakaf Mek Zainab Kota Bharu kelmarin.
Menurut Husam, di bawah pentadbiran almarhum, pertimbangan politik perkauman ditolak sama sekali.
“Dalam mentadbir negeri, seluruh rakyat dilihat sama rata tanpa mengira kaum.
“Jawatan politik dari peringkat penghulu kampung hingga pegawai-pegawai di pejabat Menteri Besar, semua diberi peluang tanpa mengira kaum,” katanya.
Sebagai pemimpin utama parti pula katanya, dasar terhadap isu perkauman amat jelas dimana tiada prejudis sama sekali berasaskan perkauman.
“Dalam parti, penyertaan bukan Islam begitu jelas bersemangat kerana pendangan dan sumbangan mereka dihargai.
“Di luar parti pula jelas semua orang melihat kita boleh dijadikan sahabat dan begitu mesra untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi hala tuju perjuangan,” katanya.
Beliau melahirkan rasa syukur kerana AMANAH kini muncul sebagai parti penerus untuk menjadikan Islam tanpa prejudis perkauman.
“Parti saya dulu (Pas) telah kembali mengekori Umno menggunakan sentimen perkauman untuk tujuan politik.
“Dulu kita tuduh Umno guna perkauman, sekarang bekas parti saya itu pula begitu kuat menjadi jaguh menimbulkan prejudis perkauman,” katanya.
Beliau yakin akan membuat penilaian tepat untuk membezakan AMANAH dengan Pas.
“Prejudis perkauman inilah yang membezakan AMANAH dan Pas,” katanya.
Husam dalam ucapannya turut mengimbau kembali sejarah tuan rumah tempat majlis itu diadakan.
“Arwah tuan rumah ini, Nik Li adalah ketua petugas pejabat Pas ngeri Kelantan semasa saya mula menyertai parti itu.
“Hanya beliau yang ada kunci pejabat itu dan bila kami mahu gunakan pada waktu malam untuk mensyuarat atau tamrin sayalah akan datang ke rumah ini ambil kunci,” katanya.
Beliau meminta hadirin menghadiahkan al-fatihah kepada semua pejuang yang ikhlas berjuang bersama dahulu yang telah pulang ke rahmatullah.
mdl
Picture

10 ulasan:

  1. Kalau ikut pendapat Dato' Husam, sekiranya Tok Guru Masih ada Tok Guru juga akan keluar dari PAS dan Masuk PAN. Bila masuk PAN bermakna:

    Tok Guru tidak akan membantah Pesta Arak yang DAP nak buat sebagaimana ulamak PAN juga tidak membantahnya.

    Tok Guru juga akan berdiam diri dan tidak akan berkata apa-apa bila ada cadangan untuk diadakan tarian pesta Gay terbesar peringkat Asia di Malaysia, sebagaimana Ust. Ahmad Awang dan Ust. Ghani Shamsuddin berdiam diri.

    Tok Guru juga akan berdiam diri dari mengeluarkan sebarang komen mengenai kenyataan-kenyataan libral mengenai islam yang di buat oleh siti kassim dan kumpulannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bermakna mereka yakni pan telah cuba memburuk2kan arwah tgna dgn andaian masuk pan kononnya.. secara logik mana mungkin arwah tgna tergamak mempertahankan penyebaran dakyah kristian evangelis sebagaimana yg kita dapat lihat dilakukan oleh pimpinan parti yg bersekongkol dgn dap..

      Padam
    2. Kalau TGNA ada AMANAH X wujud, hj hadi pun x brani nak sedondong dgn bapak penyamun, dap pun hormat parti pas tp itu dulu...

      Padam
    3. Dulu PR, kini PH, PR dulu bersama PAS melawan Mahafiraun, sekarang PH bersekongkol dengan Mahazalim, kemana perginya prinsip kalian?

      Padam
  2. Insaflah wahai Husang, cukuplah guna nama ATGNA, gunakan kekuatan sendiri, kan kamu dah ada kuasa 10 yang dianugerahkan oleh kaki penipu Wan Rohing dicampur pulak dengan mimpi jumpa ATGNA 15 kali.

    BalasPadam
  3. Yg pasti sekarang pas sdh ganti amno, modal perkauman yg digunakan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. UMNO lebih baik dari PH, sekejam-kejam UMNO kejam lagi PH, sezalim-zalim UMNO zalim lagi PH, sebabnya PH diketuai oleh Mahazalim.

      Padam
    2. antiug, dulu aku cuma syak shj yg pan ni sanggup menjulang dap kerana undi cina.. dengan komen kamu yg pas hanya perolehi respect dari dap hanya jika ikut cara dap.. sedangkan ahli pas pula berpandangan sebaliknya iaitu jika dap mahu respect dripada pas, dap mestikah terlebih dahulu hormat kpd perjuangan pas.. maka jika diikutkan senario sekarang memnag pas dan dap tak akan berbaik.. makapan boleh teruskan dgn pegangannya dan pas juga begitu.. dan demi perjuangan islam pas tak akan menggadaikannya hanya kerana hendak memiliki respect dap sebagaimana pan telah perolehi.. sekian

      Padam
  4. Sudah sudahlah.Bila dikata politik ni kotor, ramai yang melenting. Tak kotor ke?...sesama muslim 'bergasak'...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...