Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Oktober 04, 2017

Watak Nik Abduh sebagai penyelamat Umno

Watak Nik Abduh sebagai penyelamat seperti Umno

Pemuda AMANAH Melaka menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz semalam sebagai gambaran watak yang sama modus operandinya dengan Umno.
Ketuanya, Muhammad Syafiq Azmi berpendapat kenyataan ‘masuk air’ yang sengaja daripada Ahli Parlimen Pasir Mas itu mungkin untuk menutup kelemahan kejutan terhadap penganjuran himpunan Fastaqim 2.0 yang tidak menjadi.
“Kenapa saya anggap dia sengaja? Sebab pernahkah kita membaca kenyataan beliau yang rasional sebelum ini.
“Watak-watak seperti ini saya kira sengaja diwujudkan, modus operandinya sama seperti Umno, bila Najib atau BN tergelincir maka bunyilah suara penyelamat seperti Ahmad Maslan,” bidasnya dalam kenyataan beliau hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ahmad Maslan beberapa tahun lalu kerap dicemuh majoriti rakyat ekoran kenyataanya yang dianggap bodoh terutama menjelang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.
Sementara itu, Nik Abduh dalam tulisannya bertajuk, ‘PAN Yang Malang’ menggunakan pelbagai perlambangan antaranya “van mayat DAP” dan “anak butir taik Tun Mahathir.”
Panggilan PAN dalam reaksi Nik Abduh itu merujuk kepada AMANAH yang lazim digunakan secara konsisten oleh pemimpin dan penyokong Pas.
Mengulas lanjut, Syafiq berkata, tidak pelik apabila Nik Abduh bertindak mengeluarkan kenyataan tersebut lantaran dilihat sekadar mengalihkan isu berhubung surat Datuk Mustafa Ali yang merupakan Penasihat kepada Presiden Pas.
Surat kontroversi daripada bekas Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas yang juga dikenali sebagai Cikgu Pa itu dikatakan mengenai bantahan kerjasama Pas dengan Umno.
“Mengalihkan isu surat Cikgu Pa mungkin juga antara sebab mengapa Nik Abduh menadah diri untuk dilihat bertindak tanpa kewarasan.
“Samalah ketika isu hangat melanda kem BN, cuma ketika itu mangsanya bukan manusia, tetapi durian,” bidas Syafiq lagi.
Pada 26 September lalu, Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa memberitahu surat Mustafa itu telah dibincangkan dalam satu mesyuarat permukiman (retreat) Pas Pusat di Pulau Pangkor, Perak.
“Dalam retreat ini, Ustaz Hadi tak dan (sempat) retreat. Dia masuk sehari, dia balik. Saya jangkakan surat ini akan terdedah juga kepada ahli Pas.
“Kalau surat (Mustafa) ini terdedah kepada ahli Pas, saya rasa dia (Hadi Awang) terpaksa tidak bekerjasama dengan Umno walaupun pimpinan tertinggi Pas mahu bekerjasama dengan Umno.
“Pas di peringkat bawahan khususnya di Kelantan ini tidak setuju kerjasama dengan Umno atas dasar 60 peratus orang Pas tidak akan mengundi Pas.
“Ini Ustaz Mat Yakob (Menteri Besar Kelantan) sendiri sebut,” kata Husam dalam program Tanweer AMANAH Kelantan di Pasir Mas.
Walau bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Azman Ibrahim sehari selepas itu menafikan dakwaan Husam dan melabel bekas Naib Presiden Pas berkenaan sebagai “pembohong bersiri”.
“Dengan nama Allah saya bersumpah bahawa tak ada satu patah perbincangan pun sepanjang retreat ini yang membincangkan hal kerjasama dengan Umno.
“Husam Musa adalah pembohong bersiri yang penuh dendam kesumat terhadap Pas dan dia akan terus memburukkan Pas,” kata Azman dalam kenyataannya, 27 September lalu.
mdl
Picture

16 ulasan:

  1. PANdir pulak jadi barua DAPigs.

    BalasPadam
  2. Tak habis2 fitnah PAS nak bekerjasama dengan umno, dasar PANdir pemfitnah.

    BalasPadam
  3. Sopanlah Dr Azman ni.. daripada digelar Pembohong Bersiri lebih baik aku gelarkan Tukang Klepet Bersiri..

    So Syafiq ni sedang berperanan memanjangkan lagi fitnah TKB.. muda2 lagi dah kena klepet dgn pimpinan sendiri.. cuba check tengkuk TKB ada tak kolar bersama talinya..

    BalasPadam
  4. Akak ni bangang ke apa? UG ni arwah TGNA pun ada sebut dan halau mereka yg mau berUG.Nasharuddin mat isa terang2 sebut ttg usaha ke arah itu. Hissh...akak ni, datang bulan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan akak dah cakap pada mulanya arwah tgna terpercaya kpd kaki klepet tu.. namun bila tghh dah jelaskan makna UG tu dan maksudnya amat berlainan daripada yg kaki klepet tu klepet, maka arwah tgna pun naik marah dan hasilnya kaki klepet tak dipilih jd pengganti arwah tgna.. tu yg kaki klepet tu kecewa sampai sekarang..

      Padam
    2. Kuat fitnah terrr...
      Jaga2 guna nama PAN. Dah banyak kali Allah SWT makbulkan doa ke atas Pan Islamic Malaysian Party.
      Doa Jahanam habis ribut dan kilat datang.
      Doa Malang apa pula akan muncul?

      Padam
    3. Mujurlah penang tak banjir baru2 ni..

      Padam
    4. Penang baru2 ni tak banjir, tapi boleh lah sesiapa nak belajar berenang pergilah ke Penang dan sebab tu Lim Go End beli banglo tanpa kolam sebab dah ada kolam semulajadi.

      Padam
  5. dah jadi fakta,pas nak join umno,tengoklah vedio hassan ali tu..hadi beberapa kali jumpa paklah,dan sekarang ni hadi selalu contact najib,masa najib buat pc baru2 ni,nak tunggu beberapa defectors dari pkr/pas..tetapi tak datang,cuma mat taib ajer.

    Bagaimana surat dari mustaffa ali ka hadi??/fitnah juga kaa?/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ianya boleh menguntungkan Islam, apa salahnya PAS bekerjasama dengan umno. Kalau dengan PH dah memang tertonjol kebencian DAPigs kepada Islam, undi PH sama jugak bagi undi pada DAPigs.

      Padam
    2. 12:32, kuat fitnah tu.. pembetulan: defectors dari PKR shj NOT PAS ok? Ingat! PAS tak setuju bermakna PAS tak akan hadir pc tu, manakala PKR pula tak hadir pc tu bermakna PKR mungkin setuju dan mungkin juga tak setuju utk membelot. Lepas ni apa lagi yg korang nak fitnah PAS agaknya.. nasib baik aku dah jawab hampir kesemuanya..

      Hassan ali pula sudah pun dipecat daripada PAS bermakna jelas PAS tak bersetuju dgn tindakan dia yg jelas mahu mengusahakan penggabungan PAS dan UMNO! padahal UG bermakna Unity Government iaitu Kerajaan Perpaduan antara BN dan PR memerintah bersama tanpa pembangkang buat sementara waktu sehinggalah ke akhir penggal di mana PRU akan tetap diadakan spt biasa kemudiannya.. bukannya Kerajaan Campuran antara PAS dan UMNO sepertimana yg difahami oleh hasan ali.. simple..

      Mengenai TGHH, itu perkara biasa sesekali berjumpa pemimpin negara sebagaimana lge bertemu nazri dlm apa jua majlis.. malah pimpinan PKR termasuk dsai juga ada berjumpa pegawai tertinggi negara di London bg membincangkan agenda dsai iaitu "Konsesus Nasional" (TGHH juga dijemput tapi menolak kerana tak mahu terlibat) dan juga pimpinan DAP berjumpa BN bg agenda "Selamatkan Malaysia".. kedua2nya diciplak daripada idea asal TGHH adalah konsep yg hampir sama dgn Kerajaan Perpaduan iaitu memerintah bersama2 iaitu kerajaan tanpa pembangkang antara BN-PR. Namun begitu akhirnya tidak juga jadi kenyataan.. sila rujuk youtube.. jgn jadi bebal sangat sampai tak tahu langsung apa2 aktiviti pimpinan!

      Padam
  6. Betul ke akak tahu aktiviti pemimpin? Bukannya apa akak, postings akak yg sebelum2 ni byk sgt menipu. Akak takkan tak tau hadi yg mintak ruu355 ditangguhkan, hadi juga kata parti2 pembangkang dah setuju nak berUG padahal tidak. Yg adik tahu haritu akak kata ada video matsabu syiah tp smpi skrg takada bukti. Akak ni ke yg org kata berpenyakit sawan babi hutan yg kuat menipu tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang je nak jawab nih..

      Adik suka fitnah jugak tau, sedih akak..

      Bila pulak tghh mintak tangguh ruu 355.. yg dimintak tangguh ialah pembentangan usul agar lebih ramai faham ruu 355 tu, bukannya tangguhkan ruu 355 secar ma keseluruhan!

      Pasal ug tghh kata tu betul.. yg pr tak setuju cuma gabungan dgn umno.. kalau tak setuju ug kenapa dsai dan lks buat konsesus nasional dan selamatkan mesia? Sebabnya mereka dah malu kerana pada mulanya dorang ingatkan ug tu gabungan pas dan umno.. inilah akibat percaya kpd tukang klepet salor tu!

      Utk pengetahuan adik akak yg mudah kena klepet ni, akak dah bagi lama video tu namun pan tak dapat menerima kesahihannya.. lantak lah akak tak peduli pun.. keh keh..

      So mana lagi yg adik rasa akak cakap benda yg tak betul? Sila kemukakan..

      Padam
  7. lantak kome lah... janji aku undi PH.. hak aku sebagai rakyat Msia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak undi PH tak ada masalah jika PH tidak menyokong pesta arak.. kecuali kalau kita redha lainlah.. undi jer..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...