Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Februari 28, 2018

Musuh Pas bukan Umno, kata Ulama pas

Musuh Pas bukan Umno, kata Mahfodz
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pas kini dilihat bukan lagi menyasarkan Umno sebagai musuh utama mereka sebaliknya sasaran itu telah diubah kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengesahkan, objektif mereka untuk jatuhkan AMANAH di negeri Johor dalam satu ucapan di program Fastaqim 2.5 di negeri itu.
“Kita nak jatuhkan AMANAH yang tidak amanah. Kalau tuan-tuan kalah di Parit Yaani, malulah nak letak mana muka Pas di sini?” ujarnya.
Program Fataaqim 2 Pas yang diadakan di Dun Parti Raja.
Dalam pada itu, Umno yang menjadi musuh tradisi Pas sejak sekian lama tidak dibangkitkan.
Tapak program berada di Dun Parit Raja yang dimenangi Umno tidak langsung disentuh oleh beliau.
Selain itu Pas Johor hanya menyasarkan kemenangan bagi 12 kerusi Dun Johor sahaja dan tidak berminat untuk memerintah negeri Johor.
“Maka kita berusaha sungguh-sungguh untuk menang tiga kali ganda daripada yang kita menang pada PRU13 iaitu 12 Dun (dari 4 Dun) di Johor ini.
“Kita boleh menjadi pembangkang yang kuat, pembangkang yang efektif dan juga boleh jadi ‘king maker’ di negeri Johor ini,” sambung Mahfodz.
Mahfodz juga menyarankan agar ahli Pas berkerja bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat yang dikhendaki oleh partinya.
mdl
Picture

Selasa, Februari 27, 2018

Hot!! Audio pengakuan Pas terima duit Umno mula tersebar

Audio rakaman berdurasi 2.3 minit dikesan mula tersebar.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Sebahagian audio rakaman yang didakwa menjadi bukti pengakuan kerjasama antara Umno dan Pas mula tersebar malam ini yang dikatakan suara seorang AJK Pas Pusat.
Kewujudan audio ini  mula didedahkan oleh Naib Presiden Amanah, Husam Musa di Kota Bharu 18 Februari lepas apabila beliau mendakwa mempunyai rakaman itu.
Audio dengan latar belakang pengakuan berdurasi 2.30 minit itu tersebar mulanya dikesan dalam Facebook Ketua Amanah Marang, Miqdad Zakaria itu kemudiannya telah dikesan disebarkan melalui media sosial yang lain khasnya whatapps.
Video klip yang berasaskan audio itu bertajuk ‘Bukti Pas ambil duit Umno’ itu memaparkan suara penjelasan seorang yang dikatakan AJK Pas Pusat itu menjelaskan bagaimana ia bermula.
Ia dikatakan bermula apabila sesetengah pemimpin Pas tidak berpuashati dengan dakwaan pemimpin Pas yang lain menerima duit Umno.
Beliau bersama beberapa rakannya dikatakan menuntut penjelasan secara tertutup daripada AJK PAS Pusat berkenaan dan sessi tersebut telah dirakamkan audionya.
Sebelum ini, dalam ceramahnya di Kota Bharu, Husam Musa mendakwa mempunyai bukti pengakuan ini dan pihak yang membuat pengakuan itu meminta agar ia jangan disebarkan atau “akan disumpah menjadi abu.”
Ekoran itu, seorang ahli Pas di Kuala Terengganu telah membuat laporan polis mengenainya.
mdl
Picture

Sabtu, Februari 24, 2018

Putar belit fakta: Cara terbaru Pas?

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Video pendek dibawah adalah ucapan Ustaz Zamri Zainuldin @ Zamri ‘Mantop’ melalui laman FB Pas Kawasan Tanjung Karang. Beliau juga adalah Timbalan Pesuruhjaya 3, Pas Selangor.
Dengan sangat yakin dan bangga, beliau menamakan Pakatan Harapan (PH) sebagai Pakatan DAP. Logiknya mudah, pimpinan utama PH melibatkan Tun Mahathir, Datuk Seri Anwar dan Haji Mohamad Sabu dikatakan telah berkompromi dan dengan mudah tunduk kepada Lim Kit Siang (LKS) dan DAP. Mereka telah berkompromi dan menerima LKS. Saya pelik sifir mudah beliau adalah siapa menerima LKS/DAP dikira tunduk patuh kepada LKS/DAP.Jika demikian sifirnya; PAS dan Datuk Seri Hadi Awang (TGHA) tidaklah sehebat mana seperti mana yang cuba digambarkan oleh penyokong tegar Pas kerana TGHA pernah duduk bersama LKS/DAP di dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.
RUU 355 Dimainkan Semula
Bukti lain yang dicanangkan beliau adalah dalam polemik RUU 355. Penolakan RUU 355 yang dibawa oleh Pas bukanlah kerana ingin menolak Islam, tetapi Pas dilihat lebih bermain politik berbanding kejujuran ‘memperjuang’kan hukum Islam. Akhirnya, Pas dipermainkan oleh Umno sehingga penangguhan demi penangguhan dilakukan oleh Presiden Pas di Dewan Rakyat. Malah dalam sidang terakhir tahun 2017, Presiden Pas bukan sahaja tidak menyambung perbahasan RUU 355 malah beliau langsung tidak hadir ke Dewan Rakyat.
Permasalahan RUU 355 telah dibincangkan secara akademik oleh pelbagai pihak dengan penglibatan sebahagian sarjana-sarjana pengajian Islam. Kritikan mereka terhadap RUU 355 tiada kaitan langsung dengan LKS/DAP.
RUU 355 diperdebatkan kerana ia tidak boleh dianggap mewakili Islam secara mutlak dan wujud kejanggalan proses pembentangannya di Dewan Rakyat. Sekiranya RUU 355 mendapat sokongan dan restu pimpinan Umno, mengapa pula pindaan RUU 355 ini tidak dijadikan usul yang dibentangkan sendiri oleh Kerajaan? Bukankah itu lebih kuat dan mudah?
Kalau Ustaz Zamri mengambil isu RUU 355 sebagai kayu ukur serangan beliau seperti mana dalam video tersebut, bukankah pada hujung bulan Mac 17 kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang dikepalai Datuk Seri Najib ‘lemah tengkuk’ dan akhirnya menarik kembali sokongan terhadap pembentangan RUU 355 oleh Presiden Pas setelah menerima bantahan daripada MCA, MIC dan Gerakan selaku parti komponen BN. Amat pelik apabila serangan hanya dihalakan kepada DAP dan PH tanpa sedikit pun menghentam UMNO-BN. Adakah DAP juga yang ‘bersalah’ menghasut UMNO, MCA, MIC dan Gerakan menolak RUU 355? Jelas Pas kini memang mesra UMNO!
Pimpinan Pas pula acapkali mengajak mana-mana pihak yang mempertikaikan perjalanan pengurusan RUU 355 untuk berdebat. Kemuncak keangkuhan Pas dalam isu RUU 355 ini boleh dilihat melalui ucapan bongkak Bendahari Dewan Ulama’ PAS Pusat yang juga Ahli Majlis Syura Ulama’, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali al-Takiri yang ingin ‘sekeh’ kepala seorang mufti yang tidak bersetuju dengan RUU 355. Setelah cabaran debat RUU 355 disahut, tokoh ulama Pas itu senyap seribu bahasa dan bersegera mencari ‘suaka’ di hujung utara tanah air mencari jalan melepaskan diri. Jelas RUU 355 hanya mainan politik Pas!
Memainkan Sentimen kes Indira Ghandi
Ustaz Zamri juga secara terbuka menuduh bahawa anak-anak Saudara Ridhuan Abdullah dalam kes ini: “terpaksa diMURTADkan oleh keputusan mahkamah”. Keputusan ini dakwa Ustaz Zamri menggembirakan DAP dan sekutunya yang anti Islam.
Saya tidak pasti sama ada Ustaz Zamri tidak membaca ringkasan keputusan mahkamah, tidak langsung mengambil tahu fakta kes atau secara tidak jujur ingin mengubah fakta dengan berbohong? Adalah tidak salah untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu keputusan selagi mana ia berdiri atas penghujahan fakta dan tidak memanipulasi penghakiman itu demi kepentingan politik sempit Pas.
Ustaz Zamri tidak perlu gopoh untuk mudah menyimpulkan bahawa anak-anak itu terpaksa dimurtadkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari 2018 yang lalu. Mahkamah Persekutuan, antara lain, hanya menghakimi proses pendaftaran Islam tiga orang anak Ridhuan Abdullah dan Indira Ghandi dengan tugas utama menjawab isu sama ada pengislaman anak mereka boleh dilakukan sepihak atau mesti dengan persetujuan kedua belah pihak. Ia adalah isu penafsiran undang-undang bukan cubaan memurtadkan mana-mana pihak. Apa yang telah diputuskan hanyalah tafsiran terbaik, pada hemat mahkamah, berdasarkan undang-undang yang ada. Tidakkah keadilan yang cuba dilakukan dibuat oleh mahkamah dengan membuat keputusan secara objektif tanpa didorong oleh kepercayaan dan keyakinan moral peribadi.
Dalam kes Indira Gandhi ini, Seksyen 106 (b), Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 menetapkan seseorang boleh memeluk Islam ‘jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan secara bertulis pemelukan agama Islam olehnya.’ Mahkamah Persekutuan bagaimanapun memutuskan peruntukan ini harus selaras dengan Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan keizinan ibu dan bapa diperolehi.
Kalau Ustaz Zamri bersungguh melawan ‘projek pemurtadan’ orang Islam dengan merujuk keputusan kes Indira Ghandi yang mewajibkan perlunya persetujuan kedua belah pihak (ayah dan ibu bersekali), maka Ustaz Zamri dipersilakan menuduh perkara yang sama kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana hal yang sama telah lama diperuntukkan dalam Seksyen 117 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.
Seksyen 117 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 menyebutkan dengan jelas berkaitan syarat untuk membolehkan kanak-kanak bawah umur memeluk Islam: “jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu DAN bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya”. Undang-undang ini mensyaratkan kedua ibu bapa mesti bersetuju barulah proses pendaftaran pemelukan kepada agama Islam sah dilakukan.
Tidakkah Seksyen 117 (b) ini selari dan sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu? Mahukah Ustaz Zamri menuduh dengan terbuka bahawa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mahkamah Syariah Selangor (apabila kes dikemukakan kepada mahakamah) dan Sultan Selangor telah dihasut dan tunduk dengan arahan DAP?! Pas telah bersama dengan kerajaan Selangor sejak 2008. Sanggupkah pula Ustaz Zamri menuduh Exco-Exco PAS ini bersekongkol ‘memurtadkan’ anak orang Islam apabila tidak melakukan apa-apa untuk merubah Seksyen 117 (b) itu? Jelas Pas bermain politik!
Sebenarnya Ustaz Zamri boleh sahaja berbeza pandangan. Namun beliau tidak perlu menggunakan cara serangan buruk dengan bahasa dan tuduhan jahat seperti yang dipertontonkan kepada umum melalui FB PAS KAWASAN TANJUNG KARANG.
Kesimpulannya, Pas mutakhir ini selesa menjadikan isu Islam sebagai modal politik sempit. Rakyat dan pengundi Melayu Islam harus beringat bahawa Islam ini lebih luas daripada apa yang digambarkan oleh Pas dan ianya milik semua merentasi bangsa apatah lagi lambang kepartian. Islam tidak akan sama sekali terbela dengan ucapan berniat jahat dan menuduh secara melulu walaupun kepada bukan Islam. Pilihlah Pakatan Harapan yang lebih santun dalam menyampaikan mesej Islam.
* Penulis adalah Timbalan Pengerusi, Biro Dasar & Strategi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
mdl
Picture

Jumaat, Februari 23, 2018

Hot!! MP Pas kena serang pengguna laman sosial

MP Pas kena serang pengguna laman sosial
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ahli Parlimen Pas bagi kerusi Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerima serangan bertubi-tubi daripada pengguna laman sosial berikutan rakaman video ucapan beliau mengenai prinsip perjuangan Pas dan soal penentangan Pas terhadap Umno-Barisan Nasional (BN).
Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS itu dikecam kerana didakwa berkata bohong kerana apa yang dilakukan Pas mutakhir ini kata pengguna laman sosial, jelas bertentangan dengan apa yang dikatakannya.
Salah satu daripada yang dibangkitkan pengguna laman sosial adalah soal pembelaan Pas dalam kes Indira Ghandi yang menurut Khairuddin berbeza dengan AMANAH, yang katanya mengetepikan hukum Islam.
“Sedarkah Pas bahawa Enakmen Pentadbiran Islam Terengganu 2001 yang diluluskan semasa pemerintahan Haji Hadi juga memperuntukkan kebenaran bapa dan ibu adalah diperlukan bagi anak bawah umur untuk memeluk Islam,” kata salah seorang daripada mereka.
Kata yang lain, “goreng Ustaz goreng, meniaga agama lebih menguntungkan daripada berniaga karbon kredit dan balak serta alat kosmetik”.
Dakwaan beliau, bahawa Pas konsisten membangkitkan dan penyelewengan Umno-BN di parlimen juga hebat dicemuh pengguna laman sosial.
Begitu juga dengan saranan beliau agar parti lain terutama AMANAH agar menyisih dan membiarkan Pas satu lawan satu dengan Umno-BN pada PRU14 untuk menewaskan Umno.
Kata khairuddin, parti-parti yang ada dalam Pakatan Harapan (PH) adalah parti-parti baharu, justeru biarkan Pas yang menentang Umno-BN kerana Pas dari dahulu lagi konsisten menentang Umno-BN.
mdl
Picture

Khamis, Februari 22, 2018

Panas!! Pakatan Harapan memfailkan saman terhadap RoS

Pakatan Harapan memfailkan saman terhadap RoS
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pakatan Harapan (PH) hari ini mengemukakan permohonan semakan kehakiman ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon beberapa perintah terhadap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk pendaftaran Pakatan Harapan.
Defenden yang dinamakan terdiri daripada pimpinan Pakatan Harapan diwakili Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Setiausaha Agung AMANAH Abang Ahmad Kerde Abang Masagus dan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.
Menurut Tetuan Gobind Sigh Deo yang mewakili defenden dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan hari ini, menjelaskan memohon mahkamah agar responden mendaftarkan PH walaupun permohonan secara bertulis mengikut Akta Pertubuhan gagal dilaksanakan.
“Kita mahu Pakatan Harapan didaftarkan walaupun sudah dibuat secara bertulis tiada sebarang maklum balas daripada RoS.
“Kita memohon kepada mahkamah satu perintah agar Ros membalas surat yang dihantar daripada pemohon.
“Tindakan RoS tidak menjawab surat berkenaan adalaah tindakan di luar undang-undang (mala fide).
“Kami juga memohon mahkamah mengarahkan RoS mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai satu pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan,” ujarnya dalam sidang media di ruang legar bangunan Mahkamah Tinggi di Jalan Duta hari ini.
Semalam Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan parti gabungan itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap RoS kerana kegagalan RoS memberikan jawaban terhadap semua pertanyaan berkaitan penubuhan PH.
Gobind turut menjelaskan Pakatan Harapan telah memberikan banyak masa kepada Ros untuk bemberikan maklum balas tetapi gagal berbuat demikian.
Bagaimanapun dengan tindakan mahkamah ini, beliau mengharapkan RoS patuh kepada perintah mahkamah untuk memberikan penjelasan terhadap semua pertanyaan yang pernah dikemukakan kepada jabatan itu.
“Responden tidak boleh berdiam diri. Kita harap dengan tindakan mahkamah ini RoS akan memberikan jawaban.
“Kita tiada alternatif lain selain memfailkan ke mahkamah kerana pilihan raya semakin hampir,” ujarnya.
Ditanya sama ada defenden meletakkan tempoh kepada respondon untuk memberikan maklum balas, terang beliau, ia tidak terikat dengan masa yang ditetapkan mengikut undang-undang.
“Dalam undang-undang tidak ada tempoh kita kena buat tindakan dalam masa terdekat.
“Kita sudah bagi surat dan berikan masa untuk mereka respon dan masa itu telah berlalu.
“Sekarang mereka kena respon di mahkamah,” ujarnya.
mdl
Picture

Rabu, Februari 21, 2018

Hot!! Husam dakwa ada bukti rakaman Pas bekerjasama dengan Umno

Husam dakwa ada bukti rakaman Pas  bekerjasama dengan Umno
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pendedahan berkaitan Pas sedang berpakat dengan Umno semakin panas apabila wujud satu taklimat mengenai perkara itu secara tertutup dan sulit.
Naib Presiden AMANAH, Husam Musa berkata beliau memiliki rakaman taklimat berkenaan dan bersedia mengeluarkannya apabila hampir pilihan raya.
“Saya ada rakaman itu dan pemimpin itu akan tahu saya benar-benar memilikinya.
“Ini kerana pemimpin berkenaan menyebut dalam rakaman itu kalau ada sesiapa bocorkan dia akan disumpah jadi abu,” katanya ketika berucap merasmikan Bilik Operasi Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Dun Kadok malam tadi.
Dari rakaman itu katanya dapatlah diketahui bahawa Pas sudah bekerjasama dengan Umno.
“Pas sudah ambil duit Umno.
“Termasuk dalam pilihan raya negeri Sarawak, ambil duit daripada Umno,” katanya.
Mengulas pengakuan Presiden Pas bahawa ada “taawun” dengan Umno beliau berkata, ia merujuk kerjasama dalam pilihan raya.
“Caranya adalah Pas bertanding tiga penjuru supaya menang Umno.
“Perkara ini tentu tidak akan diberitahu kepada pengikut bawahan.
“Ini yang orang Pas wajib tahu dan saya wajib sampaikan,” katanya.
Beliau seterusnya mencabar pimpinan berkenaan yang kini tahu ancaman “sumpah jadi abu” ada di tangan beliau menafikan perkara itu.
“Sila buat penafian kalau perkara ini tidak benar.
“Jika jelas perkara ini benar, pilihan raya ini hanya ada dua pilihan antara PH dan Barisan Nasional (BN).
“Ini kerana menyokong Pas dalam pilihan raya ini hanya bertujuan memenangkan BN,” katannya.
Beliau turut mempertikaikan kenyataan presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti itu bertanding untuk menyelesaikan masalah-masalah negara.
“Melalui wawancara dalam akhbar mingguan beliau kata bertanding nak selesai masalah negara.
“Tolong selesai masalah Kelantan dululah,”katanya.
Yang terbaru katanya, pelbagai masalah timbul dalam pengurusan Ladang Rakyat.
“Ladang Rakyat melalui koperasinya yang menguruskan dana ahlinya dari golongan miskin membeli sebuah setesen minyak di Tunjong.
“Akibat salah urus, setesen itu telah terhenti operasi hampir setahun.
“Apa yang malang apabila perkara ini didedahkan oleh satu bloh, mereka boleh jawab, apa masalahnya kalau tak operasi,” katanya.
Sikap seperti ini kata beliau telah menyebabkan kerugian demi kerugian kepada wang rakyat.
“Telah banyak yang telah saya dedahkan, dan banyak lagi yang cuba disembunyikan.
“Kalau mengurus Kelantan penuh dengan kegagalan bagaimana nak janjikan untuk selesaikan masalah negara,” soalnya.
mdl
Picture

Isnin, Februari 19, 2018

Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik

Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik
Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat Pas hanya menjadi pemecah undi dalam pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Menurutnya, BN dijangka mendapat kelebihan apabila berlaku saingan tiga penjuru tetapi pada masa sama pengaruh Umno di sesuatu kawasan juga menjadi faktor penentu.
Beliau berkata, sejauh mana kawasan terbabit menjadi kubu kuat akan menentukan undi berpihak kepada mana-mana parti dalam pertandingan tiga penjuru di antara Umno, Pas dan Bersatu.
“Pas hanya menjadi pemecah undi. Semuanya bergantung kepada negeri mana benteng BN kuat atau kubu kuat Pas atau PKR.
“Semua bergantung juga kepada kawasan bandar, luar bandar atau pinggir bandar,” dipetik daripada akhbar Berita Harian hari ini.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Hisomuddin Bakar berpendapat pemimpin Pas berada dalam situasi delusi atau tidak rasional yang bercanggah dengan pertimbangan pengundi.
“Perkiraan pengundi tidak sebegitu. Bagi saya, ini delusi yang dialami pemimpin Pas. Mereka anggap strategi itu (Gagasan Sejahtera) diterima dan pengundi berfikir seperti mereka.
“Mereka (Pimpinan Pas) berada dalam delusi apabila menganggap bahawa jentera Pas masih lagi kuat. Dalam keadaan Pas bergabung ketika Pakatan Rakyat dan sebelum itu Barisan Alternatif, Pas dapat lonjakan kerana gabungan yang kuat, diyakini pengundi dan dibantu oleh kawan-kawan yang lain,” jelasnya.
Hisomuddin ketika ditemubual dalam slot Analisis Awani di saluran 501 Astro Awani baru-baru ini berkata, Pas yang tidak bersama secara rasmi dengan BN mahupun Pakatan Harapan tidak dapat memberikan impak kepada keputusan PRU-14.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Pas memutuskan untuk bertanding di 130 kerusi, iaitu sembilan kerusi melebihi jumlah ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Bagaimanapun, parti hijau yang memusuhi Pakatan Harapan dan pada masa sama mesra Umno-BN itu meletakkan sasaran menang paling kurang 40 kerusi Parlimen.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi dalam wawancara panjang disiarkan Mingguan Malaysia semalam berkata, jumlah minimum kerusi yang dimenangi itu menjadikan Pas mempunyai pengaruh untuk menentukan kerajaan dan mencapai matlamat perjuangan Islam.
Ahli Parlimen Marang berkenaan berkata, Pas mahu menang pilihan raya bersama Islam yang didukung sama ada menjadi kerajaan memerintah atau pembangkang yang menasihat.
Abdul Hadi turut memberitahu partinya memiliki kekuatan jentera dengan 196 kawasan daripada 222 kerusi Parlimen dan 7,053 cawangan selain calon berkaliber daripada pelbagai latar belakang.
mdl
Picture

Selasa, Februari 13, 2018

Tidak halang BN, rakyat lagi teruk dibebani kos sara hidup

Tidak halang BN, rakyat lagi teruk dibebani kos sara hidup
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad bimbang rakyat akan menanggung lebih banyak beban kos sara hidup jika membiarkan Umno-BN berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Menurutnya, tiada sebab lagi untuk pengundi memberi kemenangan kepada rejim kleptokrasi itu pada pilihan raya nanti dengan rekod lambakan hutang yang mencecah RM800 bilion pada masa ini.
“Kalau dia (BN) menang pilihan raya, tidak mustahil bila duit sudah tidak ada, hutang semakin banyak, bayaran hutang semakin besar.
“RM800 bilion (hutang negara) iaitu RM800 ribu juta sekarang ini,” tegasnya dalam Forum Muafakat Rakyat di Gombak kelmarin.
Sehubungan itu, beliau menjangkakan hutang negara boleh mencecah RM1 trilion sekali gus akan menjejaskan kualiti hidup rakyat akibat pelbagai tindakan termasuk penarikan lebih banyak subsidi barangan keperluan.
“GST (cukai barang dan keperluan) dan hutang akan naik. Semakin banyak (subsidi) akan ditarik balik. Segala bantuan, biasiswa akan ditarik balik.
“Kalau RM1 trilion iaitu satu juta juta, nak bayar, bagaimana? Kalau kita tidak hentikan dia, jadi lagi teruk dalam keadaan dia mendakwa GST bagus.
“Walaupun semua kata (GST) tidak baik, dia masih kata GST enam peratus itu bagus. Kalau bagus, 10 peratus lagi bagus,” sindirnya.
Mengulas dakwaan kerajaan sebelum ini bahawa pinjaman akan diteruskan selagi mampu dibayar, Khalid berkata, hal tersebut memang boleh dilakukan tetapi akibatnya tetap memangsakan rakyat.
“Kerajaan kata kita akan terus meminjam selagi kita boleh bayar. Ini sikap dia. Rating masih bagus, A-, hutang kita bayar. Selagi mana kita boleh bayar kita akan terus meminjam.
“Sepatutnya, kerajaan kata kita boleh bayar tanpa menjejaskan kos hidup rakyat. Ini selagi mana boleh bayar, habis tergadai negara,” bidasnya.
Ahli Parlimen Shah Alam berkenaan juga menyifatkan dakwaan kerajaan bahawa pertumbuhan ekonomi negara berada pada tahap baik sepatutnya dapat mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan rakyat.
“Sepatutnya pertumbuhan ekonomi yang lestari menghasilkan peluang pekerjaan tapi pertumbuhan itu kerana buat pinjaman dari China, bina bangunan, buat landasan kereta api.
“Kalau kita tidak hentikan sekarang, dia tidak akan berhenti. Ini masalahnya kerana dia tak mengaku apa yang dibuat itu salah,” ujarnya.
Justeru, Khalid mengingatkan perubahan boleh dicapai jika rakyat mengundi Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 bahkan sejarah tamadun Islam juga menyaksikan perubahan kerajaan.
“Dalam sejarah Islam banyak tukar kerajaan. Tiada pun masalah. Nak bawa perubahan kita kena tamatkan cengkaman Umno ke atas pengundi Melayu. Mereka guna macam-macam cara kaum dan agama,” tambahnya lagi.
mdl
Picture

Isnin, Februari 12, 2018

Hub industri petroleum di Bachok bila PH ambil alih kerajaan, kata Husam

Hub industri petroleum di Bachok bila PH ambil alih kerajaan, kata Husam
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) di Kelantan akan membangunkan semula pusat industri petroleum di pantai Senok, Bachok bila ambil alih kerajaan selepas pilihan raya umum ke 14.
Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa berkata perkara itu telah dimasukkan dalam tawaran utama PH kepada rakyat Kelantan khususnya di kawasan Bachok.
“Ini tawaran untuk penduduk di sini khususnya golongan muda,” katanya ketika berucap melancarkan Jentera Pilihanraya PH Parlimen Bachok Jumaat lalu.
Menurutnya beliau telah berbincang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan hal tersebut.
“Beliau telah bersetuju untuk membayar royalti petroleum.
“Tapi dia kata kena menang dulu, bila dah menang apa kehendak kita boleh kita buat, ” katanya.
Menurut Husam penghalang sebenar rancangan pendaratan gas di Bachok bukan Tun Mahathir.
“Beliau sendiri sebenarnya yang memulakan inisiatif memajukan kawasan pendaratan ini.
“Beliau hadir bersama almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyaksikan majlis tandatangan usahasama Keloil dan KUB.
“Namun usaha ini gagal kerana ditentang oleh Umno Kelantan yang di ketuai Datuk Anuar Musa,” katanya.
Beliau turut menyangkal bahawa Dr Mahathir yang menghalang pemberian royalti kepada negeri Kelantan.
“Tun Mahathir behenti jadi PM tahun 2002 minyak kita keluar 2004, macam mana beliau nak sekat, minyak pun tak keluar lagi.
“Itu sudah fitnah, jelas mereka yang membuat dakwaan itu tidak membuat semakan,” katanya.
Bila pusat pendaratan gas ini menjadi kenyataan manfaatnya kepada rakyat.
“Golongan nelayan yang terpaksa menghadapi musim tengkujuh tanpa pendapatan akan dapat kita bantu.
“Begitu juga petani di sekitar ini yang menghadapi kesusahan sejak terhentinya penanaman tembakau kita akan buat kajian untuk membantu mereka secara jangka panjang,” katanya.
Majlis yang diadakan di pejabat AMANAH Bachok itu dihadiri ribuan penduduk tempatan.
Turut hadir timbalan pengerusi PH Kelantan, Datuk kamaruddin Mohd Nor, Pengarah pilihanraya PH Kelantan, Datuk Sazmi Miah pemimpin-pemimpin kanan PH negeri dan kawasan Bachok.
mdl
Picture

Jumaat, Februari 09, 2018

Malaysia perlu ramai ‘Dr Radzi Jidin’

Malaysia perlu ramai ‘Dr Radzi Jidin’
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ceramah umum Pakatan Harapan semakin rancak menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Kehadiran barisan penceramahnya sudah tentu pimpinan AMANAH, Bersatu, PKR dan DAP.
Namun, penampilan pensyarah perakaunan forensik dari Universiti Tasmania, Hobart di Australia ini dalam ceramah di Machang, Kelantan minggu lalu tular di media sosial.
Petikan ceramah Dr Radzi Jidin dalam loghat Kelantan hampir 30 minit yang dikongsi di Youtube itu juga meraih ribuan tontonan dalam tempoh singkat.
‘Kuliah’ beliau tentang skandal penyelewengan wang negara paling dahsyat, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan hutang mencecah lebih RM50 bilion dilihat menarik perhatian ramai.
Beliau terbukti dapat ‘merakyatkan’ pemahaman tentang modus operandi ‘rompakan’ wang negara oleh ‘Malaysian Official 1’ dan sekutu-sekutunya yang sebenarnya bersifat amat teknikal dan sukar difahami masyarakat umum.
Menggunakan bahasa yang mudah difahami, rakyat tidak sukar untuk menghadami plot skandal yang membawa kepada pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail itu.
“1MDB ini, dia (kerajaan) pinjam duit, akaun tak audit, tahun terakhir audit pada 2014. Tak tahu berapa sebenarnya hilang. Dia pinjam duit sehingga RM52 bilion.
“Duit bila bergerak dalam bank kita boleh ikut daripada awal sampai ke hujung. Boleh kesan daripada awal sampai ke sudah.
“Tak susah untuk menafikan. Beri bukti tiada kemasukan duit ini ke akaun ini,” katanya mengimbas kembali reaksi awalnya yang menanti beberapa hari untuk pihak berkenaan tampil memberi penjelasan sebenar tentang kewajaran ‘urus niaga masuk sini, pusing sana’ itu.
Bekas Pengerusi Kelab Umno Australia New Zealand berkenaan menganggap urus niaga 1MDB sebagai sangat pelik dan gila ditambah dengan kegagalan pihak berkaitan menafikan dakwaan penyelewengan itu dengan bukti meyakinkan.
“Keluar Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) dalam 126 muka surat menunjukkan Perdana Menteri tidak bersalah.
“Di satu majlis di Sydney, seorang pemimpin Umno memegang jawatan kerajaan. Saya tidak mahu sebut nama, boleh cakap pada pelajar bahawa laporan PAC menunjukkan perdana menteri tidak bersalah.
“Habis ceramah, sebagai pensyarah saya bangun. ‘Datuk, saya nak betulkan fakta Datuk bagi itu salah. Laporan PAC bukan untuk menyiasat sama ada perdana menteri bersalah atau tidak.’
“Laporan PAC menyiasat tentang tadbir urus 1MDB. Bagaimana Datuk buat kesimpulan perdana menteri tidak bersalah?” soalnya mengulang kembali pertanyaan beliau dalam program bersama pemimpin Umno itu.
Dr Radzi yang kini Ketua Bersatu Bahagian Ketereh berkata, skandal 1MDB yang turut mengundang persaraan serta penukaran jawatan pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu juga menjejaskan keyakinan pelabur asing.
“Pelabur asing tidak bodoh sebab itu pakar-pakar ekonomi mengatakan antara sebab-sebab kejatuhan nilai ringgit adalah kerana 1MDB.
“Pelabur tengok kalau sebuah negara tidak boleh menjaga tadbir urusnya dengan penyelewengan berlaku secara berleluasa, bagaimana pelabur hendak percaya? Sebab itu, kedudukan ringgit jatuh kerana faktor keyakinan pelabur,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau menjangkakan lebih banyak sebenarnya kes wang negara lesap jika kerajaan terus memejamkan mata terhadap skandal 1MDB yang menyaksikan kehilangan puluhan bilion ringgit.
“Kalau kes 1MDB senyap, saya yakin banyak kes lain. Jika kes besar seperti ini (1MDB) pun yang berani cakap hanya Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal, Mukhriz, saya yakin lagi banyak kes akan muncul.
“Sebab yang lain itu (pemimpin Umno-BN) senyap belaka. Kita jadi pemimpin ini mesti amanah. Tak betul, tak betullah,” tegas anak kelahiran Ketereh ini.
Kesediaan Dr Radzi yang pakar dalam penyiasatan akaun ini untuk tampil mengkritik urus niaga 1MDB wajar dicontohi lebih ramai ahli akademik daripada pelbagai latar kepakaran ilmu.
“Saya berada di sini (di pentas ceramah Pakatan Harapan) sebab saya buat bahagian saya. Kes sebesar ini kalau orang buat buta, hancur negara kita.
“Saya tahu benda tidak betul. Takkan saya tengok saja. Saya balik dari Hobart ke Kota Bharu 24 jam, dua kali transit. Sebab mahu selesaikan tanggungjawab saya,” tambahnya lagi.
Justeru, hasrat membina semula negara daripada terus dihancurlumatkan rejim pimpinan yang tidak amanah lagi kleptokrat hanya akan tercapai jika ribuan golongan ilmuwan bangkit bersuara.
* Tulisan ini kali pertama terbit di akhbar Amanah Bil 88, 4-10 Februari 2018, halaman 19.
mdl
Picture

Khamis, Februari 08, 2018

Saya bersyukur, masih boleh berkempen untuk PRU14, kata Rafizi

Saya bersyukur, masih boleh berkempen untuk PRU14, kata Rafizi
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, beliau bersyukur dan lega walaupun mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman agak berat iaitu penjara selama 30 bulan ke atas beliau dalam kes dakwaan membocorkan maklumat kewangan National Feedlot Corporation (NFC).
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan selepas sesi mahkamah membacakan hukuman tersebut selesai di Shah Alam.
Beliau berkata, memandangkan hukuman yang dikenakan adalah penjara selama 30 bulan, dan ia masih tertakluk kepada proses rayuan di mahkamah lebih tinggi, beliau tidak perlu dimasukkan ke dalam penjara hari ini.
Ia berbeza kata beliau, sekiranya hukuman penjara itu disertakan dengan denda yang berat, seperti yang dipohon oleh Pendakwaraya sebelum ini, katakan sebanyak RM1.5 juta atau setengah juta sekalipun.
Dalam keadaan seperti itu katanya, memandangkan beliau tidak akan mampu membayar denda tersebut, beliau pasti akan terus dimasukkan ke dalam penjara hari ini.
Dalam keadaan sekarang katanya, beliau masih ‘bebas’ sehingga keputusan rayuan dibuat oleh mahkamah yang lebih tinggi.
Merujuk kepada kes-kes beliau yang terdahulu kata beliau, pihaknya mempunyai keyakinan yang kuat keputusan akan memihak kepada beliau.
Melihatkan kepada pilihan raya umum ke-14 hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk diadakan, Rafizi berkata, beliau masih berpeluang berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) untuk PRU14 ini.
“Saya bebas untuk berkempen sehingga pilihan raya,” kata beliau.
Kata beliau, untuk setiap minggu beliau berkempen di sekurang-kurangnya 10 kawasan Parlimen di seluruh negara.
“Jadi bayangkan sekiranya saya berada dalam penjara, katakan selama satu bulan, saya ketinggalan 40 kawasan Parlimen untuk berkempen dalam keadaan yang sangat meruncing ini,” kata beliau.
Menurut Rafizi, beliau tidak bertanding dalam PRU14 nanti disebabkan kes beliau sebelum ini.
mdl
Picture

Rabu, Februari 07, 2018

‘Berpecah tiga pun, undi akan pergi kepada Pakatan Harapan’

‘Berpecah tiga pun, undi akan pergi kepada Pakatan Harapan’
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pertembungan tiga penjuru ekoran tindakan Pas yang turut meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tetap akan menyaksikan undi berpihak kepada Pakatan Harapan (PH).
Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, pertandingan tiga penjuru sama ada di peringkat Parlimen mahu pun Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dapat tidak akan berlaku.
“Pengumuman demi pengumuman dibuat oleh Pas yang hari ini mereka merupakan kumpulan ketiga akan meletakkan calon di 133 Parlimen dan banyak lagi kerusi Dun.
“Walaupun dua atau tiga penjuru, hasrat kita (PH) masih menentang Umno-BN. Itu merupakan musuh politik PH pada asalnya sama ada dari DAP, PKR, Bersatu dan AMANAH.
“Untuk itu, kita akan berhadapan tiga penjuru dengan Pas dan Umno-BN,” ujarnya menjawab satu soalan penonton dalam slot Fokus yang disiar secara langsung di Oren TV malam tadi.
Beliau berkata, beberapa tindakan dan strategi telah diatur PH dalam konteks menentang Umno dan Pas secara berperingkat daripada hari penamaan calon hingga hari mengundi pada pilihan raya kali ini.
Mengulas dakwaan perpecahan pengundi Melayu, Nizar berpendapat undi Melayu memang sudah lama berpecah dalam siri pilihan raya sebelum ini.
“Bukan satu fenomena baru yang menganggap pengundi Melayu berpecah kepada tiga. Sebenarnya tidak ada untuk dibuktikan bahawa pengundi Melayu memang pernah bersatu.
“Memang pengundi Melayu berpecah daripada mula pilihan raya lagi. Kalau berpecah tiga seperti diteorikan, kebaikannya InsyaAllah akan pergi kepada PH.
“Pengundi bukan sahaja daripada pengundi Melayu tetapi daripada pengundi bukan Melayu dan bukan Islam,” jelas bekas Menteri Besar Perak selama 11 bulan tersebut.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering berkenaan berkata, PH khususnya AMANAH amat bersedia untuk berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru pada PRU-14.
“InsyaAllah, mereka akan memberikan undian kepada PH. Kajian-kajian telah dibuat pengundi bukan Melayu memberikan sokongan yang kuat dan jitu kepada PH.
“Sudah tentu apabila mengambil kira pengundi bukan Melayu dan pengundi Melayu yang dikatakan berpecah tiga itu PH akan mendapat manfaat daripada gabungan (pengundi) tersebut,” tambah Nizar lagi.
mdl
Picture

Isnin, Februari 05, 2018

Pendakwah terkejut Pas pilih pemerintahan model Taliban

Pendakwah terkejut Pas pilih pemerintahan model Taliban
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pendakwah Wan Ji Wan Hussin (gambar atas) berkata, adalah mengejutkan, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil model Taliban sebagai bentuk kabinet yang mahu beliau laksanakan sekiranya mereka membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.
Dalam pemerintahan Taliban, memang melaksanakan konsep pemerintahan bahawa non Muslim berada di peringkat eksekutif sahaja, kata beliau dalam tulisannya yang disiarkan oleh Malaysian Insight.
“Sudah pasti dianggap ajaib, andai Presiden Pas memilih model kerajaan Taliban, yang bukan sekadar terbukti gagal, bahkan melahirkan pendekatan ganas dan pertumpahan darah.
Menurut beliau, PAS perlu sedar, walaupun wujud kelemahan yang sedikit, setakat ini tidak ada lagi sistem politik yang lebih baik dari demokrasi.
“Malahan, ia juga diakui oleh majoriti ulama Islam moden pada hari ini. Sistem ini, tidak pernah menginstitusikan pembunuhan sepertimana model Taliban dan Khalifah, sehinggakan mereka boleh menuduh yang membangkang sebagai bughah.
Tambah beliau, pertumpahan darah dalam rangka demokrasi, selalunya datang dari orang yang tidak bertanggungjawab, sepertimana ISIS yang tidak bertanggungjawab menggunakan alasan Islam untuk halalkan kejahatan mereka.
“Saya berpendapat, Pas wajar mengambil pendekatan jujur dengan demokrasi, bukan menggunakan saluran demokrasi untuk berkuasa sahaja yang kemudian berusaha menidakkan roh dan semangatnya pada saat berkuasa di Putrajaya kelak,” kata pegawai penerangan kerajaan negeri Pulau Pinang itu.
mdl
Picture